9 PETUA RINGKAS SEBELUM MEMASAK

Memasak pasti menjadi lebih mudah dan menyeronokkan jika anda tahu caranya. Petua ini mungkin sedikit sebanyak membantu anda jika menghadapi masalah sewaktu memasak.
Kuih sagu lebih enak
Basuh dahulu biji sagu n toskan. Kemudian masak sagu itu, barulah simpan di dalam peti ais. Kuih sagu akan cantik dipotong enak enak dimakan.
Masakan terlebih masin
Sekiaranya masakan anda terlebih masin dan anda tidak mahu tambah air kerana takut kuahnya menjadi cair, ambil sejemput kelapa parut. Kemudian bungkus di dalam kain jarang serta masukkan ke dalam masakan itu. Biarkan sehingga mendidih.
Stewed Chicken with vegetables
Hilang miang batang keladi
Miang batang keladi yang telah dimasak masih dapat kita rasa di tekak, ini akan menyekat selera makan. Jadi pastikan anda membuang semua kulit keladi sehingga tiada yang tersisa. Kemudian rebus sehingga lima minit. Tos dan cuci semula batang keladi itu.
Kek lebih lembut
Jemurkan tepung di bawah cahaya matahari. Ini akan membuatkan tekstur tepung menjadi lebih ringan dan adunan menjadi lebih lembut.
kek
Kacang cepat empuk
Jika ingin membuat bubur kacang tentu anda mempunyai masalah sewaktu merebusnya. Ini kerana kacang yang direbus memakan masa yang agak lama untuk empuk. Bagi mengatasi masalah ini, masukkan sudu bersama-sama kacang yang hendak direbus. Cara ini akan mempercepatkan masa untuk merebus kacang tadi.
Canned peas
Menghilangkan bau hangit
Sesetengah orang tidak tahan atau pening apabila terhidu bau hangit. Cara menghilangkan bau hangit termasuklah nasi hangit atau masakan lain adalah dengan cara memasukkan dua atau tiga tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian, tutup dan biarkan seketika. Bau hangit itu akan hilang.
Cili giling terlalu pedas
Masakan yang menggunakan cili kering yang digiling sememangnya sedap. Tetapi, jika cili terlalu pedas, mungkin mengakibatkan sakit perut. Untuk mengurangkan pedas cili itu, goreng seketika cili kering dengan minyak. Kemudian, tos dan barulah digiling. Pedasnya akan berkurangan dan warna cili akan kelihatan lebih cantik.
Hilangkan lendir ikan air tawar
Ambil sedikit daun pisang dan masukkan ke dalam bekas yang berisi ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci ikan dengan air sehingga bersih.
Membersihkan siput sedut
Jika anda menghadapi masalah untuk membersihkan siput sedut, petua dibawah ini mungkin berguna bagi anda. Ambil sebekas hampas kelapa, gaulkan siput sedut yang masih hidup dan biarkan semalaman. Esoknya barulah anda mula mengerat bahagian hujung cengkerang siput itu sebelum dimasak. Dengan demikian bau lumpur dari siput itu akan hilang, malah bertambah rasa lemaknya apabila dimasak.

Comments