Ini 8 Petua Masak Telur Yang 'Legit' Untuk Hidangan Lebih Sempurna. Memang Ngam!

Rata-rata memang menggemari hidangan telur bukan? Telur separuh masak untuk sarapan pagi, telur dadar bersama nasi campur atau telur mata kerbau bersama maggi goreng mamak. Pelbagai cara untuk menikmati telur!

Image from SAYS

Tapi bila nak masak telur kat rumah, ada je yang tak kena. Nak masak telur separuh masak, jadi telur rebus. Nak kupas kulit telur rebus pun luaran telur putih jadi tak cantik. Paling stress sekali bila masak telur mata pastu kuning telur pecah. 

Memang tak syok bila masakan telur kita tak menjadi.
Image from GIPHY

Ikuti 8 petua di bawah untuk selalu mendapatkan hidangan telur yang sempurna dan marvellous!

1. Masak telur mata dengan lebih sekata dengan meletakkan sedikit air dalam kuali panas yang tertutup

Image from YouTube (Buzzfeed)

Dengan teknik ini, wap panas tersebut akan membantu memasakkan telur anda dengan lebih sekata dan cepat.
Tak perlu pusingkan telur dalam kuali dah. Nanti pecah pula telur kuning anda.
Tips ekstra: Pecahkan telur anda dalam sebuah mangkuk dahulu sebelum memasukkan dalam kuali serpihan kulit tidak termasuk dalam hidangan telur anda.

2. Hasilkan telur hancur paling creamy dan fluffymenggunakan mentega yang telah dicairkan

Image from gifer

Selain daripada menggunakan minyak masak, ana boleh menggunakan mentega cair untuk menghasilkan telur hancur yang lebih berlemak dan sedap!

Tips ekstra: Masak telur hancur anda dengan api kecil supaya telur tidak kering. Dengan cara ini, anda dapat mengekalkan tekstur telur yang creamy dan sedap.

3. Dapatkan telur dadar yang lebih gebu dengan memukul telur dengan masa yang lebih lama

Image from huffpost

Faktor utama untuk mendapatkan telur dadar yang gebu adalah kandungan udara dalam adunan telur. Dengan memukul telur dengan lebih lama, anda dapat memasukkan udara yang lebih dalam adunan telur anda. 

Tips ekstra: Masuk sedikit serbuk penaik (baking soda) dalam telur bagi membantu membuatkan telur lebih gebu. 

4. Masak telur dadar berinti dalam tin muffin untuk sarapan pagi yang ringkas dan bernutrisi

Image from YouTube (Delish)

Untuk anda yang selalu kesuntukan masa di waktu pagi, boleh cuba teknik ini untuk mendapatkan sarapan pagi bernutrisi setiap hari. Anda boleh menggunakan apa-apa bahan-bahan segar sebagai inti telur dadar seperti cendawan, lada benggala, keju dan sebagainya.

Dengan menggunakan muffin tin, anda dapat menghasilkan telur dadar single-serving yang boleh dibekukan dan dinikmati untuk sarapan pagi lebih ringkas dan cepat selama seminggu.

5. Masak telur dadar ringkas dan sedap hanya menggunakan mug dan microwave

Image from SEISMIK MAKAN

Jika anda seorang yang tidak suka membasuh pinggan, tip ini untuk anda. Anda boleh menghasilkan telur dadar yang sempurna dengan hanya menggunakan mug dan microwave. Mudah, sedap dan senang untuk dibasuh. Cubalah nanti!

Seperti tip di atas, anda boleh menggunakan apa saja bahan segar sebagai inti hidangan telur ini. 

6. Masak telur carak (poached eggs) dengan ringkas dan sempurna dengan menggunakan plastik clingwrap

Image from YouTube (Alta Editions)

Terdapat pelbagai petua telur carak, seperti memasukkan satu sudu kecil cuka dalam air rebusan ataupun membuatkannya dalam sebuah mug dalam microwave

Cara ini sangat ringkas dan efektif untuk membuat telur carak yang sempurna. Terutamanya jika anda ingin menghidangkan menu ini untuk para tetamu. Guna clingwrap je! Senang bukan? :wink:

Cara: 

1. Alaskan sekeping clingwrap dalam mangkuk atau cawan. 
2. Sapukan sedikit minyak pada clingwrap dan pecahkan sibiji telur ke dalam mangkuk tersebut.
3. Ikatkan clingwrap dan rebuskan telur dalam air rebus selama 2-3 minit, mengikut kesukaan anda. 
4. Sedia untuk dihidang!

7. Hasilkan telur rebus yang cantik menggunakan telur lama supaya kulit boleh dikupas dengan mudah

Image from firstwefeast
Daripada menggunakan telur segar, lebih baik anda menggunakan telur yang lama (yang telah ditinggalkan 10 hari atau lebih) untuk membuat telur rebus. Ini kerana kulit telur lama lebih senang dikupas dan akan tinggalkan luaran telur rebus yang cantik sekali. 

Tips ekstra: Masukkan telur rebus ke dalam air ais terus selepas mengeluarkannya dari air rebusan. Ini supaya isi telur di dalam dapat 'dilepaskan' dari kulitnya dengan lebih elok supaya senang untuk dikupas. 

8. Dapatkan telur separuh masak yang sempurna setiap kali dengan merendamkan telur rebus dalam air sejuk

Image from YouTube (Arnie GenkiMomma)

Ini petua yang paling penting untuk anda yang sukakan telur separuh masak! Dengan menggunakan teknik ini, anda dapat menghentikan proses pemasakan telur lepas keluarkan dari air rebusan dengan serta merta sebelum telur menjadi terlebih masak. 

Tak tahu berapa minit nak rebus telur? Ikuti infografik di bawah:
Image from seriouseats

Selamat memasak hidangan-hidangan telur yang sedap dan sempurna! :D

Image from GIPHY

Comments